Monday, February 24, 2020




NAMA AHLI:

1.AMIR HAMZAH BIN ROSNIZAM (02DKM19F1146)
2.MUHAMMAD FARHAN BIN MAT ATAN (02DKM19F1171)
3.AHMED RIDHWAN BIN ZULKHAIRI (02DKM19F1060)
4.MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZAL BIN ROZMAN (02DKM19F1120)







Apa itu penyakit sosial dalam kalangan masyarakat?

    Masalah pergaulan bebas di kalangan masyarakat telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan guru pula, masalah pergaulan bebas di kalangan remaja mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Namun begitu, hasil kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik serta pemerhatian masyarakat sendiri mendapati cabaran dalam menangani masalah ini perlu ditangani bersama oleh semua peringkat, bukannya tertumpu kepada mana-mana individu atau agensi.

   1. Penyakit sosial yang melanda masyarakat di negara ini terutamanya yang berlaku dalam kalangan remaja mesti diangkat sebagai keutamaan yang pertama untuk ditangani dan diselesaikan.

   2. Tanpa menafikan keutamaan masalah ekonomi, sewajarnya perhatian yang diberikan terutamanya oleh barisan kepimpinan kerajaan terhadap penyakit ini adalah lebih baik daripada itu.

   3. Penyakit ini jika diubati, dengan bersungguh-sungguh dan menyeluruh serta melibatkan semua pihak mengikut suluhan wahyu, pasti juga boleh menyelesaikan masalah-masalah lain dalam aspek politik dan ekonomi secara berkesan, kerana ia adalah pangkal sebelum cabang yang lain.

   4. Jika angka seperti hutang berbanding KDNK, kadar inflasi, indeks harga pengguna dan kadar pengangguran menjadi petunjuk penting dalam masalah ekonomi yang sentiasa dikemaskini dan diulang siar di media cetak dan elektronik bagi menarik perhatian semua orang untuk memantau prestasinya justeru segera mengadakan langkah pengawalan, penyakit sosial dilihat tidak sedemikian.

   5. Statistik berkenaan penyakit sosial seperti seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi, seks songsang, lari dari rumah dan penyalahgunaan dadah sekalipun mendapat tempat di ruangan media, ia sekadar merupakan perhatian bermusim oleh pihak-pihak yang berkenaan sahaja ditambah lagi statistik yang ada dilihat hampir tidak dikemaskini kini kepada yang terkini dan tidak bersepadu.

   6. Lebih malang lagi ada pihak yang memencilkan penyakit seperti ini sebagai isu peribadi seseorang sahaja dan menganggap ia hanya perihal hubungan seseorang itu dengan Tuhan, tiada kena mengena dengan orang awam.


 
   7. Semestinya pemimpin kerajaan paling utama menjadikan para Nabi a.s. sebagai contoh dalam perkara ini. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. “إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق” (Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia) memperlihatkan bahawa masalah akhlak atau moral ini merupakan agenda terpenting kenabian dan kerasulan Baginda; bukannya sekadar menjadi masalah sekunder.


Apa maksud mencegah lebih baik dari mengubati dalam kalangan masyarakat?

   Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan, kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya. Oleh sebab itulah kita perlu mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit, kerana apabila musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.

     faktor yang banyak mempengaruhi kesihatan adalah daripada aspek fizikal dan mental. Dalam aspek fizikal, komponen ini berkait .dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan  serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Justeru itu, kesihatan fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan, ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik  dan  penyakit berjangkit serta ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan  perhatian   daripada pakar   perubatan. Seterusnya, aspek mental.   Kesihatan   mental   adalah   situasi   dimana   seseorang   individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja   dengan   produktif   dan   boleh   menyumbang   kepada   masyarakat. Kesihatan. mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak. Daam pada itu, cara menghadapi masalah dan mengatasi serta cara berinteraksi dengan orang lain juga merangkumi kesihatan mental.