NAMA AHLI:
1.AMIR HAMZAH BIN ROSNIZAM (02DKM19F1146)
2.MUHAMMAD FARHAN BIN MAT ATAN (02DKM19F1171)
3.AHMED RIDHWAN BIN ZULKHAIRI (02DKM19F1060)
4.MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZAL BIN ROZMAN (02DKM19F1120)
Apa itu penyakit sosial dalam kalangan
masyarakat?
Masalah pergaulan
bebas di kalangan masyarakat telah lama dibincangkan dan menjadi salah satu isu
sosial penting di negara ini. Pelbagai pihak di setiap lapisan masyarakat
memandang isu ini sebagai satu masalah yang perlu ditangani secara holistik
kerana remaja merupakan generasi yang akan mewarisi negara. Jika kita tidak
dapat melahirkan generasi akan datang yang berwibawa maka pincanglah masa depan
negara yang kita cintai ini. Daripada perspektif ibubapa dan guru pula, masalah
pergaulan bebas di kalangan remaja mencerminkan kegagalan kita untuk melahirkan
anak-anak remaja yang bakal menyumbang kepada agama, bangsa dan negara. Namun
begitu, hasil kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik serta
pemerhatian masyarakat sendiri mendapati cabaran dalam menangani masalah ini
perlu ditangani bersama oleh semua peringkat, bukannya tertumpu kepada mana-mana
individu atau agensi.
1. Penyakit sosial yang melanda
masyarakat di negara ini terutamanya yang berlaku dalam kalangan remaja mesti
diangkat sebagai keutamaan yang pertama untuk ditangani dan diselesaikan.
2. Tanpa menafikan keutamaan
masalah ekonomi, sewajarnya perhatian yang diberikan terutamanya oleh barisan
kepimpinan kerajaan terhadap penyakit ini adalah lebih baik daripada itu.
3. Penyakit ini jika diubati,
dengan bersungguh-sungguh dan menyeluruh serta melibatkan semua pihak mengikut suluhan
wahyu, pasti juga boleh menyelesaikan masalah-masalah lain dalam aspek politik
dan ekonomi secara berkesan, kerana ia adalah pangkal sebelum cabang yang lain.
4. Jika angka seperti hutang
berbanding KDNK, kadar inflasi, indeks harga pengguna dan kadar pengangguran
menjadi petunjuk penting dalam masalah ekonomi yang sentiasa dikemaskini dan
diulang siar di media cetak dan elektronik bagi menarik perhatian semua orang
untuk memantau prestasinya justeru segera mengadakan langkah pengawalan, penyakit
sosial dilihat tidak sedemikian.
5. Statistik berkenaan penyakit
sosial seperti seks luar nikah, pelacuran, pembuangan bayi, seks songsang, lari
dari rumah dan penyalahgunaan dadah sekalipun mendapat tempat di ruangan media,
ia sekadar merupakan perhatian bermusim oleh pihak-pihak yang berkenaan sahaja
ditambah lagi statistik yang ada dilihat hampir tidak dikemaskini kini kepada
yang terkini dan tidak bersepadu.
6. Lebih malang lagi ada pihak
yang memencilkan penyakit seperti ini sebagai isu peribadi seseorang sahaja dan
menganggap ia hanya perihal hubungan seseorang itu dengan Tuhan, tiada kena
mengena dengan orang awam.
7. Semestinya pemimpin kerajaan
paling utama menjadikan para Nabi a.s. sebagai contoh dalam perkara ini. Sabda
Nabi Muhammad s.a.w. “إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق” (Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia)
memperlihatkan bahawa masalah akhlak atau moral ini merupakan agenda terpenting
kenabian dan kerasulan Baginda; bukannya sekadar menjadi masalah sekunder.
Apa maksud mencegah lebih baik dari mengubati dalam
kalangan masyarakat?
Mencegah Lebih Baik Daripada
Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini
menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan,
kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya
begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya. Oleh sebab itulah kita perlu
mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit, kerana apabila
musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.
faktor yang banyak
mempengaruhi kesihatan adalah daripada aspek fizikal dan mental. Dalam aspek
fizikal, komponen ini berkait .dengan keadaan badan seseorang, bentuk
badan serta kebolehan individu melaksanakan
tugasan tertentu. Justeru itu, kesihatan fizikal merujuk
kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan, ketidakupayaan
fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan
tubuh badan yang memerlukan
perhatian daripada pakar perubatan. Seterusnya, aspek mental. Kesihatan
mental adalah situasi
dimana seseorang individu menyedari potensinya boleh berdaya
tindak terhadap stres kehidupan, boleh bekerja
dengan produktif dan
boleh menyumbang kepada
masyarakat. Kesihatan. mental juga merujuk kepada cara kita berfikir,
merasa dan cara kita bertindak. Daam pada itu, cara menghadapi masalah dan
mengatasi serta cara berinteraksi dengan orang lain juga merangkumi kesihatan
mental.